Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Seorang pelajar tingkatan empat maut dipercayai akibat renjatan elektrik ketika mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro, manakala seorang lagi pelajar cedera dan dirawat di Hospital Sibu
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil air wuduk di sebuah sekolah menengah di Darung, Rabu
00:08Malam.
00:09Ketua Polis Daerah Darung, Deputi Superintenden Rahim Minos berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu,
00:15mangsa berusia 16 tahun yang juga pelajar tingkatan 4 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
00:22Mayat mangsa dibawa ke hospital Darung untuk proses bedah siasat.
00:25Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun cedera akibat renjatan dikejarkan ke hospital Darung untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke
00:34unit rawatan rapi hospital Sibu bagi rawatan lanjut.
00:37Sementara seorang lagi mangsa yang turut berada di tempat kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.
Comments

Recommended