00:00Pemangkul Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekali lagi menggesa supaya 25% hasil cukai pendapatan negeri dipulangkan semula kepada Johor.
00:10Titah baginda ia selaras dengan status Johor yang merupakan antara penyumbang kepada hasil negara.
00:16Tunku Ismail bertitah pulangan yang diterima ketika ini tidak setimpal dengan keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat Johor.
00:24Justeru, saya ingin menggesa kepada Kerajaan Persekutuan bahawa sudah tiba masanya sebahagian hasil cukai yang dijana oleh Johor sekurang-kurangnya
00:4125% dipulangkan semula kepada negeri ini.
00:48Ini penting agar Johor dapat mengurus keperluan rakyat dengan lebih cekap tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada proses kelulusan yang begitu
01:01panjang.
01:03Johor perlu diberi ruang untuk berdiri dengan lebih berdikari selaras dengan peranannya sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara demi memastikan
01:18kesejahteraan bangsa Johor terus terpelihara.
01:24Baginda bertitah demikian sempena pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor yang ke-15 di bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar
01:32di Iskandar Puteri Johor.
01:34Dalam pada itu, Tunku Ismail turut menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian ekonomi Johor yang berjaya mendalik pelaburan bernilai
01:41RM272 bilion dalam tempoh 4 tahun yang didorong oleh pelaksanaan Inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor, Singapura, JSSEZ.
01:50Tita Baginda, Johor kini juga berada pada landasan tepat selepas hasil negeri Johor meningkat RM2.6 bilion pada tahun lalu
01:57yang menunjukkan kekuatan asas ekonomi serta kecakapan takbir urus negeri.
Comments