00:00Kementerian Keuangan MOF pada Rabu mengesahkan panduan telah dikeluarkan kepada kementerian-kementerian serta agensi untuk menyusun semula keutamaan bagi perbelanjaan
00:10mengurus.
00:10Dalam kenyataannya, MOF memaklumkan ini selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat.
00:17Bagaimanapun, kementerian itu menegaskan bahawa pelarasan perbelanjaan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi.
00:26Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat bagi mengoptimumkan sumber kerajaan supaya dapat mengekalkan sokongan kepada rakyat
00:34secara berterusan.
00:36Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmud Merikan dilapor mengeluarkan arahan supaya Pejabat Belanjawan Negara diminta untuk menyimak semula anggaran perbelanjaan
00:45yang masih berbaki di bawah Belanjawan 2026.
00:48Johan berkata Belanjawan 2026 yang diduluskan hanya memperuntukkan RM15 bilion bagi subsidi iaitu pengurangan besar berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan
00:58subsidi bahan api sahaja mencecah RM38 bilion pada 2023.
01:02Namun beliau berkata jumlah keseluruhan subsidi kerajaan persekutuan kini dijangka melonjak kepada RM58.4 bilion untuk keseluruhan tahun berikutan kesan
01:13rantaian yang dicetuskan oleh Perang Iran serta krisis tenaga global yang menyusul.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments