Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi menghentikan tindakan agresif seorang lelaki yang melanggar kenderaan polis dan cuba membahayakan anggota keselamatan dalam kejadian di Jalan Masjid Tok Che Dol, Tanah Merah.
Transcript
00:00Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan seorang suspek lelaki yang bertindak agresif melanggar kenderaan pihak berkuasa itu
00:09berhampiran jalan Masjid Tok Cek Dol Tanah Merah pada petang Rabu.
00:13Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Muhammad Haki Hasbullah, kejadian berlaku apabila anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Jabat Polis
00:23Daerah Tanah Merah mengesan sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max dalam keadaan mencurigakan sebelum pemandunya memecut bagi mengelak daripada ditahan.
00:36Menurut Muhammad Haki, suspek lelaki berusia lingkungan lima puluhan telah dikejar polis sehingga ke kawasan sawah sebelum suspek bertindak memberhentikan
00:45kenderaan secara mengejut.
00:47Suspek kemudian bertindak agresif dengan mengundurkan kenderaan pada kelajuan tinggi sehingga melanggar bahagian hadapan kenderaan polis selain enggan memberikan kerjasama
00:57walaupun telah diarahkan keluar daripada kenderaan.
01:00Tambah Muhammad Haki, suspek juga cuba melanggar anggota polis dengan mengundurkan kenderaannya beberapa kali sekaligus membahayakan keselamatan anggota yang sedang
01:10bertugas.
01:11Susulan itu, pegawai operasi telah mengarahkan seorang anggota polis melepaskan tembakan ke arah tayar belakang kenderaan suspek bagi mempertahankan diri.
01:20Jelas beliau, tembakan pertama dilaporkan mengenai tayar kanan belakang diikuti tembakan kedua ke arah tayar kiri belakang selepas suspek masih
01:29tidak menghentikan tindakannya.
01:32Suspek akhirnya ditahan tanpa sebarang kecederaan manakala kenderaan yang digunakan turut dirampas untuk siasatan lanjut.
01:40Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai pekerjaan dan memiliki 13 rekod jenayah lampau.
01:46Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanon Kesiksaan kerana cubaan membunuh.
Comments

Recommended