Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden AS Donald Trump menolak cadangan Iran membuka Selat Hormuz dan menegaskan sekatan tentera laut kekal sebagai tekanan utama ke atas Tehran berkaitan program nuklear. Opsyen ketenteraan masih disediakan namun belum diluluskan.

Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menolak cadangan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz dan menegaskan sekatan tentera laut Amerika akan
00:09dikekalkan.
00:10Trump berkata sekatan laut yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas laluan air strategik itu lebih berkesan berbanding tindakan ketenteraan secara
00:19langsung.
00:22Beliau mendakwa Iran mahukan perjanjian bagi menarik balik sekatan Amerika di Selat Hormuz namun menawarkan balasan berupa penangguhan rundingan nuklear
00:32satu cadangan yang ditolak Washington.
00:35Menurut Trump, matlamat utama pentadbirannya kekal untuk menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear tanpa sebarang kompromi.
00:43Trump turut mendakwa kegagalan Iran mengekspor minyak akibat sekatan Amerika telah menyebabkan infrastruktur negara itu berada pada tahap kritikal sambil
00:53menyifatkan tekanan ekonomi tersebut sebagai kelebihan strategik Washington.
00:58Walaupun menegaskan keutamaan terhadap tekanan ekonomi, sumber memberitahu Axios bahawa Komando Pusat Amerika Syarikat, CENTCOM, telah menyediakan rancangan gelombang serangan
01:08udara singkat dan berintensiti tinggi.
01:11Sekiranya kebuntuan diplomatik berterusan dan Iran enggan mengalah.
01:15Trump setakat ini belum memberikan kebenaran untuk melaksanakan sebarang tindakan kinetik atau serangan fizikal.
01:23Pendirian ini mencerminkan strategi Washington yang menggabungkan sekatan ekonomi maksimum, pencegahan ketenteraan dan tekanan diplomatik di tengah krisis berterusan antara
01:33Washington dan Teheran.
01:35Selat Hormuz kekal sebagai laluan tenaga paling strategik dunia dengan sebahagian besar ekspor minyak dan gas global melalui perairan tersebut
01:44menjadikan sebarang keputusan berkaitannya berimpak besar terhadap keselamatan tenaga dan ekonomi antarabangsa.
01:54Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended