00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan Malaysia mempunyai bekalan beras yang mencukupi sehingga hujung tahun ini.
00:09Menterinya Datuk Seri Mohd Sabu berkata, jaminan itu berdasarkan keadaan semasa bekalan dari negara pengekspor utama seperti India, Vietnam dan
00:18Thailand yang tidak menunjukkan kenaikan harga ketara setakat ini.
00:26Mohd berkata, walaupun harga beras di negara pengekspor utama kekal stabil, kos pengangkutan termasuk bahan api dijangka memberi kesan kepada
00:35harga import pada masa depan.
00:38Tetapi bila nak membawa beras itu ke Malaysia, perlu transport. Bila perlu transport ini, dia perlu kepada minyak dan sebagainya.
00:47Kos itu yang kita tidak tahu, cuma kita buat prediksi sahaja.
00:52Bahawa ianya akan naik dan akan menyebabkan harga yang kita import itu akan naik. Tapi itu kita fikir pada tahun
01:00depan. Pada tahun ini, Alhamdulillah, beras agak mencukupi.
01:06Mohd turut memuji pengguna di Malaysia yang kekal tenang sepanjang tempoh ketidaktentuan global tanpa berlaku pembelian panik atau kenaikan harga
01:15barangan yang ketara.
01:17Namun begitu, beliau berkata terdapat sedikit lebihan bekalan sayur di beberapa kawasan seperti Cameron Highlands yang memerlukan intervensi pihak berkuasa,
01:26termasuk lembaga pemasaran pertanyaan Persekutuan Fama bagi menstabilkan pasaran.
01:31Mengulas lanjut, beliau menambah kemencian juga sedang mempergiat usaha memperluas dan mempercepatkan pembangunan sektor aquakultur.
01:38Ini termasuk penternakan ikan di laut, sungai serta kolam darat menggunakan kaedah mol dan seperti bioflock.
01:46Mohd berkata demikian dalam program Agenda Awani yang disiarkan pada Rabu.
01:51Terima kasih kerana menonton!
Comments