00:00Seorang lelaki tempatan ditemukan rentung dalam satu kebakaran membabitkan 5 rumah teras satu tingkat di Taman Ehsan, Kepung, Selangor pada
00:09awal pagi tadi.
00:10Penolong pengarah Operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JPPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata,
00:17Panggilan kecemasan diterima pada 2.31 pagi sebelum 27 anggota bersama jentera dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Selayang, Rawang,
00:27Jinjang dan Manjelara dikejarkan ke lokasi kejadian.
00:31Komander Operasi melaporkan seorang mangsa lelaki dijumpai rentung di atas katil di dalam bilik tidur.
00:37Ahmad Mukhlis berkata kebakaran itu melibatkan kediaman berkeluasan 20 x 60 kaki persegi bagi setiap unit dengan tahap kemusnahan dianggarkan
00:48antara 20 hingga 100%.
00:50Beliau berkata selain kediaman terbabit, dua buah kereta turut musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.
00:58Katanya pasukan penyelamat berjaya mengawal kebakaran pada 3.42 pagi sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada 7.15 pagi.
01:08Ahmad Mukhlis berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis di Raja Malaysia PDRM untuk tindakan lanjut.
Comments