Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyambut baik keputusan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menarik diri daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), sambil menyatakan langkah itu berpotensi menurunkan harga minyak global.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyambut baik keputusan Emirah Arab Bersatu UAE untuk menarik diri daripada pertubuhan negara-negara pengekspor
00:10petrolium OPEC sambil menyatakan langkah itu berpotensi menurunkan harga minyak global.
00:16Bercakap kepada pemberita di White House pada Rabu, Trump menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang positif.
00:23UAE antara pengeluar utama dalam OPEC mengumumkan pada selasa bahawa ia akan keluar daripada organisasi itu, satu langkah yang dilihat
00:33memberi tamparan kepada kumpulan berkenaan.
00:36Keputusan itu dibuat ketika krisis tenaga global yang semakin meruncing, susulan konflik melibatkan Iran yang turut menonjolkan ketegangan dalam kalangan
00:45negara teluk.
00:45Trump berkata perkembangan itu berpotensi memberi kesan kepada penurunan harga bahan api dan tenaga secara keseluruhan.
00:54Langkah UAE keluar daripada OPEC dijangka memberi implikasi besar kepada kestabilan pasaran tenaga global selain mencerminkan perbezaan pandangan dalam kalangan
01:04negara pengeluaran minyak utama.
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended