Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Krisis di Asia Barat yang masih berlarutan terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran petroleum global, dengan risiko konflik yang kekal tinggi dan hala tuju pasaran yang masih sukar dijangka.
Transcript
00:00Harga runcit RON 97 dan RON 95 tanpa subsidi, masing-masing naik 5 sen dan 10 sen bagi tempoh 30
00:07April hingga 6 Mei 2026.
00:10Bagaimanapun, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal RM5.12 seliter.
00:19Kementerian Keuangan memaklumkan harga runcit RON 97 ditetapkan RM4.90 seliter naik 5 sen berbanding RM4.85 seliter sebelum ini.
00:29Manakala RON 95 tanpa subsidi naik 10 sen kepada RM3.97 seliter berbanding RM3.87 seliter minggu lepas.
00:39Dalam tempoh sama, kerajaan mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu meliputi RON 95, Budi 95 pada
00:49RM1.99 seliter,
00:50diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, sistem kawalan petrol bersubsidi SKPS pada RM2.15 seliter,
01:00serta sistem kawalan diesel bersubsidi SKDS pada RM2.15 seliter.
01:06Pelarasan harga minggu ini adalah berdasarkan formula automatic pricing mekanism APM yang mengambil kira kurata harga minggu terdahulu.
01:14Menurut MOF, krisis di Asia Barat yang masih berlarutan terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran petrolium global
01:21dengan risiko konflik yang kekal tinggi dan hala tujuh pasaran yang masih sukar dijangka.
01:27Katanya harga runcit petrol RON 97 dan RON 95 tanpa subsidi diselaraskan berikutan pergerakan harga pasaran antarabangsa.
01:36MOF berkata harga petrolium yang kekal tinggi berbanding paras pra-konflik turut dibelenggu kekangan bekalan minyak dan produk petrolium global
01:45apabila kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan masa untuk dipulihkan.
01:53Justeru, Kerajaan Madani menyeru rakyat agar terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara.
02:00Kerajaan Madani katanya akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga
02:07disamping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.
Comments

Recommended