Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang pegawai kanan Pentagon memaklumkan perbelanjaan besar melibatkan peluru, bahan letupan, operasi, penyelenggaraan serta penggantian peralatan ketenteraan sepanjang konflik dengan Iran.
Transcript
00:00Amerika Syarikat telah membelanjakan kira-kira $25 bilion untuk peperangan menentang Iran menurut seorang pegawai kanan Pentagon yang memberi keterangan
00:10di hadapan jawatan kuasa Dewan Perwakilan, Jay Hearst, sebagian besar daripada kos berkenaan berpunca daripada perbelanjaan bagi peluru dan bahan
00:19letupan.
00:23Hearst yang juga pemangku Ketua Pegawai Keuangan Pentagon berkata, kos operasi dan penyelenggaraan serta penggantian peralatan turut menyumbang kepada jumlah
00:32keseluruhan perbelanjaan berkenaan.
00:47Katanya agensi itu akan mengemukakan permohonan belanjawan tambahan rasmi kepada Kongres melalui White House sebaik sahaja penilaian penuh mengenai kos
00:55konflik itu selesai dibuat.
00:57Setiausaha pertahanan P.Hexef sebelum ini berkata permohonan belanjawan sebanyak $1.5 triliun bagi tahun kewangan 2027 mencerminkan keperluan mendesak
01:07ketika ini bagi menangani masalah lama yang tertangguh.
01:11Ia juga penting dalam meletakkan kedudukan tentera Amerika untuk menghadapi pertempuran semasa dan masa hadapan.
01:17Beliau mendakwa pentadbiran terdahulu telah melemahkan asas industri pertahanan dengan dasar Amerika Last dan menyatakan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump
01:26sedang mengembalikannya ke tahap persediaan waktu perang.
Comments

Recommended