Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Isu kemiskinan tegar di Selangor telah dinoktahkan hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif pembasmian kemiskinan yang berkesan.

Transcript
00:00Isu kemiskinan tegar di Selangor telah dinoktahkan hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif pembasmian kemiskinan yang berkesan.
00:09Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya dalam mesyuarat pembangunan daerah petaling yang beliau pengurusikan pada
00:17Rabu Petang di Sya'alam Selangor.
00:21Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan pemantauan perlu diteruskan untuk memastikan tiada keluarga yang tercicir daripada menerima manfaat.
00:30Lebih penting, ujah beliau, setiap keluarga mesti diberi peluang untuk bangkit, diperkasakan melalui latihan sekaligus berupaya menjana pendapatan sendiri.
00:38Menurut beliau, kekuatan ekonomi Selangor harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengangkat martabat hidup rakyat.
00:44Dalam masa sama, Anwar mahu kejayaan program sejati madani di Petaling di Perluas, khususnya dalam membantu golongan miskin bandar.
00:52Beliau berkata inisiatif seperti program jahitan di Kampung Melayu Subang, Madu Kelunut di Bayu Damansara dan pembuatan perabot di Bukit
01:00Lancong
01:00membuktikan bahawa dengan sokongan yang tepat, rakyat mampu mencipta perubahan yang bermakna dengan menjana pendapatan antara RM24,000 hingga RM100
01:09,000.
01:10Dengan kesungguhan semua pihak, kerajaan katanya akan terus berusaha menyelesaikan masalah tertangguh,
01:15memperkukuh kekuatan sedia ada serta memasihkan nikmat pembangunan ini benar-benar dirasai oleh rakyat.
01:21Perdana Menteri berkata mesyuarat itu antara lain turut meneliti kemajuan pelaksanaan projek rakyat yang mendesak
01:27serta merangka penyelesaian kepada isu berbangkit seperti penyenggaraan jalan raya dan kemajuan projek mitigasi banjir.
01:35Anwar berkata mesyuarat itu turut menyentuh soal pengurusan bandar dan sosial termasuk perkara berkaitan rumah ibadat, pengurusan sisa serta isu
01:43pentenakan babi.
01:43Semua ini ujah beliau menuntut pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan agar kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
01:51Pada mesyuarat itu, beliau turut menekankan keperluan tindakan segera bagi mengurangkan kesulitan rakyat
01:56sementara menunggu projek tebatan banjir jangka panjang disiapkan.
02:00Mesyuarat lebih sejam itu turut dihadiri Menteri Keuangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,
02:05Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Naseh, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari,
02:10Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar, Barisan Exko Kerajaan Negeri serta Pegawai Kanan Daerah.
Comments

Recommended