Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Liga Bolasepak Malaysia, MFL menyasarkan penyelesaian sepenuhnya isu tunggakan gaji dalam tempoh dua musim akan datang menerusi pelaksanaan Peraturan Kewangan Adil atau Financial Fair Play, dengan keyakinan kestabilan kewangan kelab dapat dicapai menjelang musim 2027 hingga 2028.
Transcript
00:00Liga Bolat Sepak Malaysia MFL menyasarkan kadar sifar terhadap isu tunggakan gaji yang melibatkan kelab Liga Malaysia dalam tempoh dua
00:10musim akan datang menerusi pelaksanaan Peraturan Kewangan Adil atau Financial Fair Play FFP.
00:15Perkara tersebut disampaikan oleh Presiden MFL, Dato' Abu Ghani Hassan. Jelasnya pelaksanaan penuh FFP bukan pertama kali pada musim ini
00:23menunjukkan perkembangan positif namun masih memerlukan komitmen berterusan daripada semua kelab bagi memastikan keberkesanannya.
00:31Menurut Abu Ghani, pelaksanaan FFP kini memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan kewangan klub-klub Liga Malaysia dengan purata
00:41pendapatan klub dilihat melebihi perbelanjaan.
00:44Jelasnya, semua klub diminta untuk terus komited bagi mencapai sasaran tersebut dalam tempoh dua musim lagi dengan matlamat memasuki musim
00:52ketiga 2027 hingga 2028 tanpa sebarang isu pembayaran gaji.
00:58Selain itu, berdasarkan syarat yang ditetapkan, setiap klub kini dapat menilai kedudukan kewangan masing-masing dengan lebih telus selaras dengan
01:07pelaksanaan FFP yang dirangka untuk tempoh tiga musim.
01:12Sehubungan itu, Abu Ghani menyatakan keyakinan beliau dalam menstabilkan isu kewangan klub dapat dicapai menjelang musim 2027 hingga 2028.
01:23Dalam pada itu, beliau memaklumkan pemantauan pelaksanaan FFP akan terus diperkukuh menerusi semakan yang lebih kerap bagi memastikan tahap pematuhan
01:32klub berada pada tahap optimum.
01:33Semakan akan dijalankan menerusi perbincangan meja bulat yang diadakan susulan gesaan beberapa klub agar satu platform rasmi diwujudkan bagi membincangkan
01:43isu-isu kritikal termasuk tabir urus, kewangan serta hala tujuh Liga yang berdepan pelbagai cabaran ketika ini.
01:51Dalam pada itu, Abu Ghani memaklumkan MFL bersama rakan kongsi Liga akan meneliti dan mengkaji cadangan yang dikemukakan oleh Tunku
02:00Makota Ismail berhubung usaha untuk mengembalikan bola sepak kepada rakyat.
02:05Menurut beliau, satu fail yang mengandungi cadangan tersebut telah diberikan oleh Baginda, namun setiap rakan kongsi dan klub diminta untuk
02:14membawa pulang dan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu.
02:17Tambahnya, MFL juga akan membuat penelitian sebelum perbincangan lanjut dijalankan bagi membuat sebarang keputusan dan tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan
02:27perkenaan Tunku Makota Ismail memandangkan idea tersebut datang daripada Baginda sendiri.
Comments

Recommended