Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, golongan ini antara yang paling awal terkesan kerana mempunyai penampan tunai yang kecil, margin keuntungan lebih nipis dan keupayaan terhad untuk menyerap kenaikan kos.
Transcript
00:00Seterusnya, perusahaan mikro, kecil dan sederhana PKS memerlukan pendekatan bantuan yang lebih khusus dan bersasar, bukan penyelesaian seragam ketika tekanan
00:10kos semakin memuncak susulan ketidaktentuan global.
00:13Penasihat politik kanan kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdelaziz berkata, PKS merupakan antara kelompok terawal yang akan
00:21merasai kesan apabila ekonomi semakin menekan.
00:23Ini ekoran kebanyakan PKS mempunyai penampan tunai yang kecil, margin keuntungan lebih nipis serta keupayaan terhad untuk menyerap kenaikan kos
00:32berbanding syarikat besar.
00:36MOF dan juga MITI mengajar bahawa pendekatan one size with all pada PKS ini hampir tidak pernah berkesan.
00:42Yang diperlukan kita kena pastikan sektor-sektor yang terkesan dan apakah cara kita nak membantu mereka.
00:49PKS ini seperti yang disebut tadi bukan saja perniagaan, mereka ialah pembekal kepada syarikat besar juga, majikan yang sebelum saya
00:55sebut tadi, kepada jutaan pekerja dan juga tulang belakang kepada ekosistem ekonomi negara kita.
01:01Dalam konteks semasa, antara sektor PKS yang dilihat paling terkesan ialah pengangkutan dan logistik khususnya syarikat yang tidak mempunyai kemudahan
01:11fleet card atau akses kepada sokongan tertentu menyebabkan mereka menanggung kos diesel yang lebih tinggi.
01:17Sektor pembuatan juga berdepan tekanan, terutama syarikat yang bergantung kepada bahan mentah import apabila kenaikan kos penghantaran dan gangguan rantaian
01:27bekalan global mula memberi kesan langsung kepada seruptu kos mereka.
01:31Pada masa sama, PKS dalam rantaian makanan turut terdedah kepada risiko yang semakin besar apabila gangguan ekspor bahan seperti sulfo
01:40dan urea dari negara teluk berpotensi meningkatkan kos baja, seterusnya menolak naik kos pengeluaran pertanian dan akhirnya harga makanan di
01:51peringkat pengguna.
01:51Justru, pendekatan dasar yang lebih khusus, proaktif dan berterusan dilihat penting bagi memastikan sektor PKS terus bertahan terutama ketika tekanan
02:02global mula memberi tempias lebih langsung kepada ekonomi domestik.
02:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended