00:00Malaysia ketika ini masih belum berada dalam fasa krisis, namun ruang untuk bertindak semakin sempit ketika tekanan global terus meningkat,
00:09susulan ketegangan geopolitik.
00:10Menurut penasihat politik kanan kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, penilaian itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa
00:18yang menunjukkan asas makroekonomi negara masih stabil.
00:22Namun, pada masa sama Malaysia berdepan risiko luaran yang boleh berubah dengan pantas dalam tempoh terdekat.
00:30Ada tiga pemboleh ubah yang akan menentukan sama ada kita kekal dalam fasa amaran atau beralih kepada krisis sebenar.
00:38Kita kena lihat, satu sama ada selat hormos ini dibuka semula dan bila.
00:46Kedua sama ada Malaysia berjaya memperoleh bekalan bahan api yang mencukupi selepas ujung Mei, insyaAllah kita boleh.
00:52Dan sama ada tekanan harga bertahan cukup lama untuk mencetuskan inflasi import yang meluas.
00:58Terutamanya melalui gangguan bekalan bahan global yang mungkin menjejaskan harga makanan.
01:05Dalam konteks serantau, Malaysia dilihat berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding beberapa negara lain.
01:11Namun, kesan krisis ini tidak dirasai secara seragam oleh semua pihak.
01:16Sebahagian sektor dan kumpulan mungkin telah mula merasai tekanan lebih awal, manakala yang lain masih berada dalam fasa penyesuaian.
01:23Perbezaan ini menjadikan tafsiran sama ada negara berada di ambang krisis atau sekadar dalam fasa amaran bergantung kepada perspektif dan
01:31tahap pendedahan masing-masing.
01:33Namun, satu perkara yang jelas, ujar beliau adalah ruang masa untuk bertindak semakin sempit dan keupayaan untuk membaca isyarat awal
01:41serta bertindak secara proaktif menjadi semakin penting.
01:44Beliau berkata demikian dalam tumubual eksklusif dalam program niaga awal ini pada Rabu.
Comments