Skip to playerSkip to main content
Ketua Pusat Pengurusan Pengetahuan IRIS Institute, Muhammad Wafiq Azman berkata Malaysia tidak berada dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan impak negatif konflik besar seperti yang berlaku di asia barat ketika ini. Jelasnya, kekurangan persediaan itu dapat dilihat dalam pelbagai domain ekonomi termasuk tenaga, makanan, pengangkutan dan keselamatan. #DialogTigaPenjuru
Transcript
00:00Kita memang independent. Sangat bergantung kepada perdagangan global.
00:06137% daripada KDNK adalah kebergantungan kita adalah kepada perdagangan global.
00:12Begitu juga dengan import beras. Kita bergantung kepada rakan-rakan negara kita di asa tenggara untuk beras Vietnam dan sebagainya.
00:20So, kita memang terlalu banyak kebergantungan kepada negara-negara lain.
00:23dan akhirnya bila berlaku konflik, dia terkesan dengan sangat terkesanlah.
00:30Apatah lagi kalau kita tengok kepada dividen yang kita lihat dividen patronas contohnya.
00:34Yang memang sebelum perang pun dah menunjukkan penurunan.
00:38Apatah lagi dengan situasi perang hari ini, kita nampak lihat dia akan memberi kesan kepada kekuatan fiskal kita.
00:45Itu kepada saya kena jujurlah dari sudut kita melihat kepada Malaysia ini.
00:48Sebelum perang lagi, kita belum cukup-cukup bersedia bila berlakunya konflik-konflik yang besar seperti perang Iran.
00:54Dan dia merentas domain.
00:55Bukan sekadar tenaga, tapi dari sudut makanan, pengangkutan.
01:00Bahkan dari sudut keselamatan pun kita sangat tidak betul-betul bersedialah bila berdepan dengan konflik.
01:05Bahkan kalau kita tanya dengan rakyat pada hari ini,
01:08apa yang bermain dalam fikiran dia pada hari ini seketika perang berlaku,
01:13mungkin jawapan dia nak sambut raya.
01:15Jadi perkiraan atau perkesediaan rakyat pun kita boleh muhasabahlah atau kita nilai
01:21sejauh mana rakyat kita bersedia dengan perang ataupun dengan konflik-konflik yang sebesar ini.
01:26Mantap. Jadi dari segi keseluruhannya,
01:29memanglah kita sebuah ekonomi yang terlalu terbuka
01:33dan menjadikan kita terlalu bergantung kepada dunia luar.
01:37dan apabila berlaku krisis seperti ini,
01:42lima tahun lepas kita ada COVID dan hari ini kita akan ada krisis dunia,
01:50kita akan tiba-tiba merasa tergencat dan hilang pencah.
01:56dan kebetulan kali ini kita mengalami kegawatan dengan fokus kepada petroleum ataupun minyak.
02:05Itu satu yang blessing, positif.
02:08Kerana kita, walaupun kita hanya mengekspor 200 ribu barrel satu hari
02:21dan kita mengimport 440 barrel satu hari
02:25tapi dari segi nilainya, hampir sama.
02:28Hanya kurang dalam kira-kira 2 bilion setahun.
02:32Tapi yang pentingnya,
02:34dari mana kita nak dapat tambahan lebih daripada 200 barrel satu hari untuk penggunaan kita?
02:43Hari ini kita kata, ok kita boleh import dari Singapura
02:46kerana kita memang banyak mengimport dari Singapura
02:49tapi berapa lama kita mengimport daripada Saudi Arabia 34%
02:55UAE 20% Qatar 9%
02:59Jadi kalau pasaran mereka ditutup kerana mereka tidak dapat menghantar
03:04kita akan terpaksa bergantung kepada negara-negara yang lain
03:09yang mungkin akan mempunyai syarat yang tidak sesuai dengan kita.
Comments

Recommended