00:00Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Shah menitahkan rakyat agar lebih berhati-hati dalam berbelanja pada musim perayaan dan bersedia dengan
00:09sebarang kemungkinan susulan ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat.
00:14Dalam perutusan sempena Aidilfitri 1447 Hijrah, Sultan Syarafuddin bertitah langkah itu perlu diambil bagi memastikan masyarakat mampu mendepani sebarang ketidaktentuan
00:26khususnya kesan terhadap ekonomi.
00:32Baginda mengambil maklum tentang perkembangan semasa di peringkat global.
00:36Ia khususnya konflik dan peperangan yang berlaku di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Barat yang memberi kesan besar kepada umat
00:43Islam di seluruh dunia.
00:45Susulan itu Baginda menyeru agar setiap rakyat bersedia dengan apa jua kemungkinan termasuk berhati-hati dalam berbelanja pada kata pepatah
00:55sediakan payung sebelum hujan.
00:56Dalam perutusan itu, Sultan Syarafuddin turut menitahkan umat Islam agar terus memperkukuh kesatuan dan perpaduan serta mengelak sebarang petelingkahan dan
01:07perbalahan sesama sendiri.
01:09Baginda juga berharap semua pihak daripada peringkat pemimpin, ahli politik hingga rakyat biasa memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan negeri dan
01:18memakmurkan negara.
01:20Menerusi perutusan itu, Sultan Syarafuddin turut menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat
01:30di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.
01:34Baginda turut berharap agar sambutan Aidilfitri membawa keberkatan, kebahagiaan serta menyeratkan lagi hubungan selaturahim dalam kalangan masyarakat.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments