Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Sejumlah 282 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap kenderaan asing di Perlis dengan tertinggi membabitkan pelesenan pemandu dan kenderaan.
Transcript
00:00Sejumlah 282 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ terhadap kenderaan asing di Perlis dengan tertinggi membabitkan pelisenan pemandu dan kenderaan.
00:11Pengarah JPJ Negeri Nuraini Mohamad Nawi berkata angka itu direkodkan sejak Januari lalu hasil operasi menyasarkan kenderaan dari Thailand yang
00:20masuk melalui pintu sempadan padang besar dan wang keliat.
00:26Antara kesalahan utama dikesan termasuk ketiadaan permit edaran antarabangsa ICP kenderaan dipandu melebihi jarak 2km dari sempadan negara serta mempunyai
00:36rekod tunggakan saman.
00:37Daripada 282 saman itu kesalahan membabitkan pelisenan pemandu merekodkan angka tertinggi iaitu 71 kes diikuti 70 kes pelisenan kenderaan, 58
00:49kes teknikal, 30 kes cermin gelap dan 53 kes pelbagai kesalahan lain.
00:55JPJ turut mengambil tindakan sita terhadap 6 kenderaan asing atas pelbagai kesalahan sejak 2025 manakala sebuah van pendaftaran Thailand dilucut
01:04hak untuk proses pelupusan.
01:06Noraini berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kenderaan asing yang melanggar undang-undang terutama menjelang sambutan Aidilfitri.
01:15JPJ menjangkakan peningkatan ketara jumlah kenderaan asing yang memasuki negara terutamanya melalui pintu sempadan padang besar pada musim perayaan itu.

Recommended