00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim rakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Chan Virakul, atas mandat baharu beliau untuk
00:08terus memimpin negara gajah putih itu.
00:11Perdana Menteri menerusi satu hantaran di media sosial berkata, beliau berharap untuk meneruskan hubungan kerja rapat dengan Anutin serta memperkukuh
00:19kerjasama Malaysia-Thailand.
00:21Ia khususnya dalam perdagangan dan pelaburan, kerjasama sempadan serta kestabilan rantau Asia Tenggara secara keseluruhan.
00:30Kata Anwar, sebagai jiran terdekat dan rakan dalam ASEAN, Malaysia dan Thailand mempunyai kepentingan yang mendalam terhadap kejayaan antara satu
00:37sama lain.
00:38Beliau mengibaratkan nasib kedua negara seperti dua sungai yang berpunca daripada mata air yang sama.
00:45Anutin terpilih semula sebagai Perdana Menteri Thailand selepas memperoleh kemenangan besar dalam undian Parlimen pada Khamis.
Comments