Skip to playerSkip to main content
Cubaan menyeludup keluar kira-kira 2,000 liter petrol ke negara jiran berjaya dipatahkan polis dalam tempoh hanya sejam menerusi satu operasi khas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bermula kira-kira jam 7 pagi itu berjaya menahan lima buah kenderaan pacuan empat roda jenis pikap bersama lima individu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772370/berita/semasa/lima-pikap-ubah-suai-seludup-2000-liter-petrol-tumpas-dalam-sejam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #Beritasemasa #kesjenayah #cubaanseludupminyak #PDRM
Transcript
00:00Macam di Padang Terap, kita ada sekatan jalan raya 24 jam
00:03Dan di dalam konsep Kebuang Pasu, kita ada sekatan jalan raya dan juga Task Force yang menggerak
00:08Jadi hasilnya, pada 18 hari bulan Mac, jam lebih kurang 7 pagi hingga 8 pagi, 1 jam
00:17Task Force ni telah buat sekatan jalan raya ataupun buat sekatan sebuan di Point F
00:25Bukit Kayu Hitam, kita telah berjaya menahan 5 kenderaan 4x4
00:31Sama 5 pemandu iaitu 4 adalah lelaki warga asing dan juga 1 lelaki warga tempatan
00:40Umur 23 hingga 37 tahun
00:42Yang mana pemeriksaan lanjut, kita dapat kesemua kenderaan ini
00:47Ada mempunyai pemasangan tambahan ataupun extra tank
00:52Tanki extra yang berisi setiap satunya lebih kurang 400 liter petrol
01:01Sedangkan kenderaan ini adalah diesel
01:08Ini satu kesalahan yang nyatalah
01:13Dan kalau kita tengok pemasangan kita, kita siasat, kita serahkan kepada KBDN
01:18Bahawa kenderaan diesel bawa petrol dengan tangki terseroh adalah untuk penyelurupan
01:26Kita tahu semua bahawa di negara jiran harga telah naik melambung
01:30Saya difahamkan catuan pun telah diadakan
01:33Iaitu kalau tak silap kenderaan kereta hanya 60, equal to 60 ringgit pada wang mata wang kita
01:41Motosikal hanya 6 ringgit
01:43Jadi saya gesa kat luar sana
01:45Warga negara Malaysia, khususnya di kedai ini
01:48Sama-sama kita bertanggungjawab
01:50Kita jangkakan kita akan ada fiksi bekalan bahan api ini
01:54Jadi sama-sama kita bertanggungjawab supaya tidak membenarkan penyelurupan keluar bahan api ini
02:01Jadi kes ini kita serah kepada KBDN untuk siasatan di bawah Seksyen 21
02:09Dibaca bersama Peraturan 3.1 Peraturan Kawalan Bekalan 1974
02:15Nilai rampasan termasukkan lebih kurang 560,000
02:20Dan saya bagi amaran di luar sana
02:23Kita akan ambil tindakan berterusan
02:31Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended