00:00Seorang wanita maut selepas sebuah gondola kereta kabel terputus daripada talian utama sebelum terhempas di lering gunung bersalji di pusat
00:09peranginan ski Tiltlis, Switzerland pada Rabu.
00:12Polis Canton Nedvalden dalam satu kenyataan berkata, mangsa berusia 61 tahun sedang mendaki bahagian tengah gunung berkenaan sebelum gondola Tiltlis
00:22Express yang dinaikinya terkeluar dari kabel.
00:28Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan itu menyaksikan penglibatan pasukan penyelamat udara, ambulans dan unit polis
00:36dalam operasi penyelamat yang mencabar di kawasan bersalji tebal.
00:40Menurut seorang saksi yang juga pemain ski, dia terdengar bunyi hentaman sebelum melihat gondola itu berguling, menuruni cerun.
00:47Menurutnya, tiupan angin yang sangat kencang ketika itu menyebabkan gondola lain turut berayun dengan kuat sebelum perkhidmatan tersebut digantung sepenuhnya.
00:57Beberapa saksi lain melaporkan keadaan cuaca buruk dengan kelajuan angin mencecah lebih 80 km sejam ketika nahas berlaku,
01:04walaupun prosedur operasi standar biasanya menetapkan perkhidmatan digantung jika angin melebihi 60 km sejam.
01:12Susulan insiden itu pihak pengurusan pusat peranginan tersebut bertindak membawa keluar antara 100 hingga 200 penumpang yang terkandas dalam kira
01:21-kira 40 buah gondola lain ke kawasan selamat.
01:25Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca teknikal yang menyebabkan mekanisme keselamatan gagal berfungsi.
Comments