00:00Di sebalik kemajuan pesat ibu kota, kelompok gelandangan dan miskin bandar di sekitar Chowkid terus berdepan tekanan hidup yang semakin
00:08mencabar.
00:09Prihatin terhadap realiti ini, Universiti Utara Malaysia UUM melalui Kampus Kuala Lumpur UUMKL memperkukuhkan tanggungjawab sosialnya dengan menjalinkan kerjasama strategik
00:20bersama NGO Food for Gelandangan atau EFFG dalam usaha menyantuni golongan asnaf menjelang syawal.
00:31Naib Chancellor UUM Prof. Dr. Ahmad Martada Muhammad berkata, inisiatif itu bukan sekadar program kebajikan bermusim, sebaliknya mencerminkan falsafah universiti
00:41yang menyeimbangkan kecemerlangan intelek dengan kemuliaan ahlak.
00:45Beliau berkata, kedudukan UUMKL di tengah-tengah bandar raya menuntut universiti lebih responsif terhadap isu sosial setempat melalui pendekatan lapangan
00:54yang memberi impak langsung.
00:56Melalui program berkenaan, pelbagai inisiatif dilaksanakan antaranya penyaluran bantuan asnaf melalui pusat zakat dan wakaf UUM, agihan seribu madani rescue
01:07pack kepada EFFG, serta pengedaran bubur lambuk serta sintok yang menggunakan teknologi retort dan mampu bertahan sehingga enam bulan.
01:16Sementara itu, pengasas EFFG, Muhammad Azizan Zainal Abidin berkata, kerjasama bersama UUM menjadi permulaan kepada hubungan strategik jangka panjang bagi
01:26membangunkan komuniti miskin bandar.
01:29Beliau memaklumkan program pertama bersama UUM pada 27 Februari lalu melalui inisiatif Sina Syawal telah menyantuni hampir 100 gelandangan dan
01:37120 keluarga miskin bandar dengan penglibatan 46 sukarelawan mahasiswa.
01:42Kerjasama UUM dan FFG ini sekali lagi membuktikan keupayaan universiti bertindak sebagai jambatan antara ilmu dan realiti kehidupan masyarakat.
Comments