00:00Beberapa stesen minyak di sekitar bandar raya ini dilaporkan mengalami masalah gangguan bekalan diesel sejak dua hari lalu.
00:07Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosara Hidup KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata,
00:13gangguan bekalan diesel hanya bersifat sementara susulan kelewatan ketibaan kapal penghantaran sebelum ini.
00:20Pihak KPDN Johor telah menghubungi stesen minyak yang terkesan dan dimaklumkan bekalan diesel sedang dalam proses pengagihan
00:27dan dijangka akan pulih secara berperingkat dalam masa terdekat.
00:31Beliau menjelaskan kekurangan sementara di beberapa stesen sebelum ini turut dipengaruhi situasi seperti kesan domino
00:38apabila pengguna berpindah ke stesen lain selepas sesuatu stesen kehabisan bekalan sekaligus menyebabkan bekalan di lokasi lain turut cepat susut.
00:47Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik atau membuat pembelian secara berlebihan kerana bekalan bahan api kini dalam keadaan
00:55stabil dan mencukupi.
00:56KPDN dan ejensi berkaitan juga memaklumkan akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan di semua stesen
01:05berjalan lancar.