Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Bagi memastikan kelancaran sistem pengangkutan KTMB berjalan lancar sempena sambutan Hari Raya, KTMB menambah tren sedia ada bagi menampung keperluan berkenaan.
Transcript
00:00Kereta Api Tanah Melayu Berhad KTMB menambah 228 perjalanan tren sepanjang 17 hingga 29 Mac 2006 bagi menampung peningkatan penumpang
00:11sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
00:13Daripada jumlah itu sebanyak 196 perjalanan melibatkan perkhidmatan ETS manakala 32 lagi bagi perkhidmatan EMU+.
00:23Sepanjang tempoh berkenaan kedua-dua perkhidmatan akan beroperasi sehingga 64 perjalanan sehari dengan jadual hampir 24 jam.
00:33Ketua Pegawai Operasi KTMB Azhar Zakaria berkata inisiatif itu menyediakan tambahan 71,728 tempat duduk kepada pengguna.
00:42Untuk tahun 2026, tambahan tiket sahaja lebih kurang 71,728 tiket itu untuk tren tambahan sahaja.
00:52Ditambah dengan normal trip kita ada lebih kurang 180,000 menjadikan jumlah tiket kita pada tahun ini 251,000.
01:01Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena tinjauan Hari Raya di KL Central pada Kamis.
01:06KTMB juga bersedia menambah perjalanan ETS sehingga maksimum 70 perjalanan sehari bergantung kepada permintaan semasa.
01:14Tambah beliau inisiatif itu merupakan penambahan perkhidmatan tren terbesar pernah dilaksanakan oleh KTMB setakat ini.
01:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended