Skip to playerSkip to main content
Seorang duda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakannya dalam kejadian di Sungai Udang minggu lalu.

Tertuduh, Saiful Hadi Othman, 44, didakwa menyebabkan kematian Muhamad Hanafi Yusof, 25.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772238/berita/semasa/duda-tikam-rakan-depan-rumah-di-sungai-udang-didakwa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Duda #Mahkamah #Melaka
Transcript
00:01Seorang Duda dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Air Keroh, Melaka pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakannya dalam kejadian di Sungai Udang
00:11minggu lalu.
00:13Tertuduh Saiful Hadi Osman, 44 tahun, didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hanafi Yusof, 25 tahun.
00:22Pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Syarda Shinha Muhammad Sulaiman bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
00:30Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 11 Mac 2026 antara jam 7.58 malam hingga 8.15 malam
00:41di sebuah rumah di Jalan Muhammad Akhir, Batu 12, Sungai Udang, dalam daerah Melaka Tengah.
00:47Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun
00:59dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.
01:06Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Shazan Nur Sharif yang memohon tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
01:17Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
01:24Sinar harian sebelum ini melaporkan mangsa maut selepas ditikam di depan rumahnya dalam satu pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada telefon
01:34bimbit.
01:35Difahamkan, suspek ke rumah mangsa untuk menuntut semula peranti tersebut yang sebelum ini dipinjamkan kepada mangsa selepas telefon milik mangsa
01:44rosak.
01:44Bagaimanapun, keengganan mangsa memulangkan semula telefon bimbit tersebut dipercayai menjadi punca suspek gagal mengawal kemarahan sebelum menikam lelaki itu hingga
01:56maut.
Comments

Recommended