00:00Kenaikan harga diesel sebanyak RM80 kepada RM4.72 seliter yang diumumkan kerajaan disifatkan tidak wajar dilaksanakan ketika ini, kata Ketua
00:10Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin, langkah itu dilihat tidak sensitif terhadap keadaan rakyat yang sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya
00:18Aidilfitri. Malah beliau mencadangkan pelaksanaan itu ditangguhkan sehingga selepas Aidilfitri atau dibuat secara berperingkat.
00:30Justru beliau menggesa kerajaan membentangkan pelan mitigasi yang jelas, menyeluruh dan berkesan di Parlimen bagi membantu rakyat menghadapi tekanan ekonomi
00:37susulan konflik berpanjangan di Asia Barat.
00:40Menurut Hamzah, pembangkang memandang serius keputusan itu yang juga merupakan paras tertinggi dalam sejarah negara dan dijangka memberi kesan rantaian
00:48kepada kos sara hidup rakyat.
00:50Katanya kenaikan ini akan memberi impak kepada kos pengangkutan dan seterusnya mendorong kenaikan harga barangan sekaligus menambah beban rakyat.
01:00Beliau berkata walaupun harga minyak dunia meningkat akibat konflik di Asia Barat, kerajaan sepatutnya lebih berhikmah dengan menangguhkan kenaikan.
01:08Dalam masa sama beliau berpendapat, pengumuman diskauntul sempena musim perayaan tidak mencukupi untuk mengimbangi kesan kenaikan harga diesel.
01:16Langkah itu katanya mengundang persepsi sinikal seolah-olah kerajaan memberi sedikit tetapi mengambil semula dalam jumlah yang lebih besar daripada
01:24rakyat.
Comments