Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Kemenangan pemimpin Parti Bhumjaithai itu menyaksikan beliau menewaskan pencabar terdekatnya, Natthaphong Ruengpanyawut daripada Parti Rakyat yang berhaluan progresif.
Transcript
00:00Anutin Chan Virakul terpilih semula sebagai Perdana Menteri Thailand selepas memperoleh kemenangan besar dalam undian Parlimen pada Khamis. Ia sekaligus
00:09menamatkan kemelut politik berpanjangan di negara berkenaan.
00:15Kemenangan pemimpin parti Bumjaitai itu menyaksikan beliau menewaskan pencabar terdekatnya Natapong Ruang Panyawut daripada parti rakyat yang berhaluan progresif.
00:25Anutin 59 tahun mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri Thailand pertama dalam tempoh dua dekad yang berjaya mengekalkan jawatannya menerusi undian
00:34semula Parlimen selepas memenangi pilihan rakyat umum bulan lalu.
00:39Dalam ucapannya di Parlimen, Anutin menegaskan kesediaannya menerima cadangan untuk memastikan beliau dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Kerajaan.
00:47Beliau berkata matlamat utamanya kini adalah untuk segera membentuk kabinet baharu bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara yang terbeban dengan hutang
00:56isi rumah yang tinggi.
00:58Penganalisis politik berpendapat, kejayaan Anutin berpunca daripada keupayaannya mengemudi sokongan nasionalisme susulan konflik sempadan dengan Kemboja tahun lalu.
01:07Antara lain, kebijaksanaan beliau membentuk pakatan dengan parti piutai dan beberapa parti kecil lain.
01:15Gabungan itu kini dijangka menguasai 292 daripada 499 kerusi di Dewan Rakyat memberikan mandat kukuh kepada beliau untuk menerajui ekonomi
01:25kedua terbesar di Asia Tenggara itu.
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended