Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Umat Islam di beberapa negara di Asia Tenggara menyambut 1 Syawal 1447H pada Sabtu 21, Mac 2026. Antara negara itu ialah Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, dan Thailand.
Transcript
00:00Selain itu, beberapa negara di Asia Tenggara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu 21 Mac.
00:05Antara negara-negara itu ialah Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand.
00:14Di Indonesia, keputusan itu diumumkan oleh Menteri Agama Republik Berkenaan,
00:19Nasaruddin Umar selepas sidang isbat di Jakarta Pusat pada Khamis.
00:23Katanya ia dikutuskan selepas tiada laporan mengenai penampakan anak bulan di seluruh Indonesia.
00:33Singapura pula menerusi muftinya Dr. Naziruddin Muhammad Nasir pada Khamis berkata,
00:37keputusan sama diambil selepas anak bulan syawal berada terlalu rendah di ufuk Singapura
00:42ketika matahari terbenam pada petang Khamis dan tidak dapat dilihat.
00:50Selain itu, menurut berita online Borneo Buletin, Brunei Darussalam akan menyambut Hari Raya pada Sabtu
00:55selepas anak bulan tidak kelihatan di lokasi-lokasi cerapan yang ditetapkan di seluruh negara.
01:02Pengumuman dibuat dengan perkenan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah
01:05dan disiakan melalui radio televisyen Brunei RTB pada petang Khamis.
01:13Di Thailand, umat Islam turut meraihkan satu syawal pada Sabtu 21 Mac.
01:18Perkara tersebut diumumkan Sheikhul Islam, ketua hal ehwal Islam di negara gajah putih itu.

Recommended