Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Menjelang Aidilfitri, tempahan jahitan meningkat di Asnuri Tailor dengan lebih 200 pasang baju disiapkan. Tradisi menjahit baju raya kekal diminati, termasuk tempahan saat akhir dan perkhidmatan ubah suai pakaian.
Transcript
00:00Ketika ini, ramai yang memilih untuk membeli baju raya menerusi platform dalam talian.
00:05Ada yang berpandangan trend ini bakal menjadikan tradisi menempah pakaian di kedai jahit bakal berkubur.
00:12Namun, tidak bagi pemilik Asnuri Taylor yang telah bertapak lebih 20 tahun di Kota Kinabalu.
00:22Bagi Hayati Ali, tukang jahit sepertinya perlu beradaptasi bagi memastikan perniagaan mereka kekal relevan.
00:29Menurut Hayati, platform dalam talian bukan satu saingan.
00:33Sebaliknya, peluang baginya menambah sumber pendapatan melalui perkhidmatan ubah suai pakaian.
00:39Dari segi adik bilang itu yang online itu, mostly yang datang ke raka itu yang custom raka,
00:45mereka akan beli macam jubah, dia jenis panjang, suara ke otak teripir, potong pendek, itu kami macam RM10 tak sepasang.
00:53Jadi, kami kira kos dari sana lah untuk cover mana-mana yang boleh.
01:00Meskipun berdepan saingan, Hayati berkata masih ramai memilih untuk menempah pakaian terutama yang sedundun walaupun di saat akhir.
01:08Tidak hairan, pihaknya menerima tempahan meningkat mendadak sepanjang bulan Ramadan
01:12dengan lebih 200 pasang baju berjaya dihasilkan setakat ini melibatkan tiga cawangan di Inanam dan Likas.
01:21Kalau setiap kali raya, memang satu keluarga itu akan datang.
01:25Sekolah dari anak dia, dari husband dia, dari mamanya, dia punya, dibalik semua datang.
01:32Memang yang punya baru-baru ini, baru terima je lah, 11 minit kan.
01:37Jangan risau kalau tidak terima, memang saya masih open lagi lah.
01:40Cuma orang pulak ambil lambat sikit.
01:43Hayati juga berkata, keuntungan hasil jahitan turut dikongsi bersama pekerja
01:48sebagai usaha menjaga kebajikan dan semangat kerja berpasukan menjelang musim perayaan.
01:54Dari segi upah itu, saya dengan saya punya staff itu, kami akan bagi dua.
02:00Jadi, itulah itu upah dia punya hasil untung ke dia dengan untuk kakak punya staff juga lah.
02:07Kisah Hayati menjadi contoh bagaimana tradisi lama terus hidup dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman
02:14dalam memastikan setiap helayan baju raya terus membawa nilai dan cerita tersendiri.
Comments

Recommended