Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Perkhidmatan digital DBS kembali pulih sepenuhnya pada Khamis selepas berlaku gangguan sekitar tengah hari.
Transcript
00:00Perkhidmatan digital DBS Bank pulih sepenuhnya pada jam 1.19 tengah hari, Khamis, selepas pelanggan mengalami kesukaran mengakses platform perbankan
00:10digitalnya.
00:11DBS dalam kemas kini di Facebook menzahirkan penghargaan atas kesabaran pelanggan serta memohon maaf atas kesulitan dialami.
00:19Dalam pada itu, DBS turut menegaskan bahawa wang dan deposit pelanggan kekal selamat sepanjang tempoh gangguan berkenaan.
00:26Gangguan itu turut menyaksikan ribuan napuran dihantar ke penjejak gangguan down detector dengan ramai pelanggan melaporkan kesukaran menggunakan aplikasi perbankan
00:37mudah alih DBS dan melakukan transaksi pemindahan dana.
00:40Pada 2023, beberapa siri gangguan perkhidmatan menyebabkan pihak berkuasa kewangan Singapura, MAS, mengenakan pengganda 1.8 kali ke atas aset
00:51wajaran risiko DBS bagi risiko operasi.
00:54Sementara itu, MAS turut menggantung sejumlah aktiviti tidak kritikal termasuk perubahan berkaitan teknologi maklumat serta rancangan pengambil alihan perniagaan baharu.
01:03Terima kasih telah menonton!
01:07Terima kasih telah menonton!

Recommended