00:03Hai ini berita yang baru kami terima Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
00:07menyambut baik ikhtiar perdamaian oleh pertubuhan bukan kerajaan NGO
00:11yang mewakili badan Islam dan Hindu yang menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat
00:17dalam memilih jalan damai.
00:19Anwar menyifatkan langkah itu antara lain menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.
00:25Kata Perdana Menteri langkah itu merupakan ruh dan jiwa sebenar Malaysia
00:30sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum.
00:37Anwar turut menyeru supaya kebersamaan itu terus dipelihara dan dirangkul sebagai asas kekuatan negara.
00:43Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk polis diraja Malaysia PDRM
00:49yang menjayakan usaha berkenaan.
00:51Anwar berharap ikhtiar tersebut terus menyatukan rakyat Malaysia
00:56dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional.
Comments