Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
PDRM akan memanggil 14 individu bagi membantu siasatan dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan sabotaj kestabilan negara.
Transcript
00:04Polis Diraja Malaysia PDRM akan memanggil 14 lagi individu untuk diambil keterangan berhubung siasatan terhadap dakwaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan
00:14sabotaj terhadap kestabilan negara.
00:16Ketua Polis Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail berkata PDRM ketika ini masih mengkaji dan menjalankan siasatan-siasatan lain berkaitan
00:25dengan kes berkenaan.
00:27Kita telah mengambil 14 orang statement yang telah dibuat. Kita masih lagi mengkaji dan menjalankan siasatan-siasatan lain dan ada
00:38beberapa individu lagi yang mungkin kita akan ambil statement dan daripada situ baru kita akan conclude dan kita akan kebukakan
00:47kepada pihak AG.
00:48Saya difahamkan ada lebih kurang 14 orang lagi yang akan kita ambil statement mereka dan insyaAllah sekiranya semuanya selesai kita
00:57akan conclude dan hantar kepada AG.
00:59Semua dalam senarai-senarai yang kita adalah. Saya tidak mahu menyentuh tentang mana-mana individu, siasatan masih lagi berjalan.
01:07Biar kita buat dan insyaAllah bila selesai kita akan panggil untuk sindang akhbar berikutnya.
01:11Pada 5 Mac lalu, Muhammad Khalid memaklumkan polis telah mengambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung dawaan menjatuhkan kerajaan
01:20dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
01:24Katanya, polis juga telah mengenal pasti beberapa nama dan sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada mereka yang berkaitan serta meneliti kemungkinan
01:32penglibatan pihak luar negara bergantung kepada perkembangan siasatan seterusnya.
01:37Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menedahkan cubaan untuk menjaduhkan kerajaan didukung warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media
01:46dan institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.
Comments

Recommended