00:00Sebuah jawatan kuasa khas antara kementerian ditubuhkan bagi menangani kebimbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS berhubung penyalahgunaan pas selawatan sosial.
00:12Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasa Hidup Datuk Armizan Muhammad Ali berkata, jawatan kuasa berkenaan akan membincangkan isu penyalahgunaan pas selawatan sosial untuk tujuan perniagaan dan pekerjaan yang menjejaskan kelangsungan perniagaan PMKS tempatan.
00:28Jelas Armizan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Februari lalu dan akan diselaraskan oleh Kementerian Kewangan.
00:37Jawatan kuasa berkenaan akan melibatkan pelbagai kementerian antaranya Kementerian Keusahawanan dan Koperasi KUSKOP, Kementerian Dalam Negeri KDN, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan KPKT, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kursara Hidup KPDN.
00:56Melihat kepada isu polisi dasarnya, melihat kepada penguatkuasaan dan juga pemantauan.
01:05Jadi itu yang telah dibincangkan dan KPDN akan memberi kerjasama.
01:11Sebab salah satu komitmen KPDN, kalau KUSKOP melihat kepada perspektif PMKS, kita di KPDN pula melihat kepada isu pasaran, kemampanan dan kesihatan pasaran tempatan dan juga tentang kepentingan untuk kita mengutamakan barangan tempatan.
01:34Itu tanggungjawab terutama bagi KPDN.
01:38Turut menjadi ancaman kepada pengusaha PMKS tempatan ialah kemasukan barangan dari luar negara melalui jualan dalam talian serta import oleh pelabur dalam dan luar negara untuk kegunaan projek dan perusahaan masing-masing.
01:51Saya mencadangkan supaya dimasukkan sekali dalam termarujukan kepada jawatan kuasa khas yang diketuai oleh MUF itu untuk melihat kepada isu kebimbangan PMKS juga khususnya
02:07khususnya tentang lambakan, risiko lambakan barang-barang daripada luar yang masuk ke negara kita sama ada melalui pembelian online oleh pengguna atas talian, e-commerce.
02:24Begitu juga barang-barang yang diimport sama ada bukan hanya foreign tetapi local investor pun import kerana mungkin harga murah dan sebagainya, barang-barang daripada luar masuk ke dalam negara.
02:43Dan dia juga telah menyebabkan menjejaskan pasaran produk-produk tempatan.
02:50Armizan berkata demikian kepada wartawan selepas ditemui di majlis pelancaran Kinarud Palm Avenue di Papar.
Comments