Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hanya mereka yang sanggup bekerja keras untuk membina dan memperkukuh parti wajar kekal bersama, manakala yang enggan bekerja diminta berundur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden PKR Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hanya mereka yang sanggup bekerja keras untuk membina dan memperkukuh parti wajar kekal bersama.
00:10Manakala yang enggan bekerja diminta berundur.
00:13Dia berkata mandat yang diberikan kepada parti adalah satu amanah besar untuk bekerja demi rakyat dan juga negara.
00:21Tegas beliau lagi ahli yang sekadar beleteh atau merungut tanpa henti tidak akan membantu perjuangan parti.
00:27Saya ingin tekankan saudara-saudari bagi mandat kepada kami.
00:37Saya di Persekutuan, Sudamir di Selangor dan sekarang barisan-barisan menteri-menteri, di malam menteri, pemimpin-pemimpin kita.
00:45Bukan mandat kosong, bukan mandat untuk bangga dengan kursi, dengan gelaran, dengan bintang kemarin lapan.
00:58Tidak.
01:00Mandat ini satu amanah untuk bekerja, sanggup bekerja kekal, tak mahu kerja, keluar.
01:07Beliau berkata demikian di Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Selangor di Gombak pada Sabtu.
01:30Dalam pandi itu, beliau menekankan bahawa cabaran negara ketika ini adalah serius, khususnya membabitkan isu penyelewengan dan rasuah yang telah berlarutan sejak merdeka.
01:40Tegas beliau lagi, tindakan tegas terhadap mereka yang menyelakunakan wang negara adalah bukti keberanian kerajaan dalam memastikan negara berada di landasan yang betul.
01:48Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, NGO, supaya menyokong usaha membersihkan negara daripada segala bentuk rompakan dan penyelewengan.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended