00:00Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa terdapat pihak yang masih mahu meneruskan perhimpunan, walaupun terdapat desaan untuk ia dibatalkan atas faktor keselamatan dan ketenteraan awam.
00:15Menurut beliau, pihak polis sudah bertemu dengan kedua-dua penganjur bagi menyampaikan perincian berhubung kebimbangan awam, adab dan tertib tuan rumah ketika menerima tetamu seperti Presiden India.
00:27Sebab rancangan asalnya ada satu pihak yang nak buat perhimpunan, kemudian ada satu pihak lagi yang nak buat perhimpunan balas.
00:37Jadi pihak polis telah menemui kedua-dua penganjur dan telah menyampaikan bahawa pertama dari sudut keselamatan, kedua dari sudut adab dan tertib negara menerima satu tetamu.
00:50Hendaknya keadaan negara tu biarlah tenang dan terkawal. Jadi kita akan terus pantau di satu pihak setuju untuk tidak meneruskan, satu lagi melalui kenyataan masih ada hasrat untuk meneruskan.
01:03Saya masih mengambil peluang ini untuk meminta agar tidak diteruskan.
01:07Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada peserta Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Hanutan Haram atau GARAH malam Sabtu agar tidak mencabar undang-undang atau cuba mengganggu gugat keselamatan awam.
01:21Sebelum itu, penyelaras Perhimpunan GARAH tetap berhasrat untuk meneruskan Perhimpunan di Ibu Kota pada malam Sabtu walaupun polis memutuskan tidak membenarkannya atas faktor keselamatan awam.
Comments