Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan perbincangan dengan Iran berjalan dengan baik selepas kedua-dua pihak mengadakan dialog di Muscat, Oman, pada Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan perbincangan dengan Iran berjalan dengan baik selepas kedua-dua pihak mengadakan dialog di Masked Oman pada Jumaat.
00:10Dialog berkenaan adalah rundingan pertama sejak Washington menyertai konflik Israel-Iran pada Jun lepas dengan serangan terhadap tapak nuklear di Iran.
00:30Trump berkata demikian kepada pemberita di atas Air Force One dalam perjalanan ke Rizat Mar-a-Lago di Florida.
00:54Sementara itu, Menteri Luar Iran Abbas Arachi yang mengetuai delegasi Iran berkata rundingan menumpukan secara eksklusif kepada program nuklear Iran dan kedua-dua pihak bersetuju meleruskan perbincangan dalam suasana positif.
01:06Delegasi Amerika yang diketuai utusan Timur Tengah Steve Wyckoff dan menantu Trump Jared Kushner turut membincangkan sokongan Teheran terhadap kumpulan militen, program peluru berpandu dan layanan terhadap pelunjuk perasaan.
01:17White House menekankan bahawa rundingan itu bertujuan membendung kemampuan Iran menghasilkan senjata nuklear yang dinafikan Iran.
01:25Trump sebelum ini mengancam tindakan ketenteraan terhadap Teheran berikutan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan bulan lalu yang meragut ribuan nyawa.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended