00:00Polis tidak membenarkan perhimpunan gerakan anti rumah anutan haram, garah yang dijadarkan berlangsung di kompleks membeli belah sogo pada malam ini berikutan kebibangan terhadap keselamatan awam dan risiko berlakunya gangguan ketentraman.
00:15Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadhil Marasus, pihak polis menerima surat pemakluman daripada penganjur pada 3 Februari lepas mengenai hasrat untuk menggerikan perhimpunan aman itu pada pukul 8 malam.
00:25Susulan itu beliau berkata polis telah menjalankan risikan keselamatan serta mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk pemilik premis sekitar lokasi berkenaan selain mengadakan perbincangan bersama penganjur pada 5 Februari lalu.
00:41Bagaimanapun pada 6 Februari polis menerima surat bantahan daripada pengurusan kompleks sogo, pertama kompleks, Harrison's dan premis sekitar yang menyuruhkan kebibangan terhadap keselamatan pelanggan yang dijangka berada di kawasan tersebut sempena musim perayaan.
00:57Polis turut menerima maklumat bebas yang menunjukkan kemungkinan berlaku pecah keamanan serta ancaman keselamatan kepada orang ramai ekoran jangkaan kehadiran ramai pengunjung di kawasan berkenaan.
01:09Setelah membuat pertimbangan dan risikan keselamatan, pihak polis menjangkakan perhimpunan ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada orang awam, justru keputusan dibuat untuk tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan tersebut.
01:21Dalam benda itu, Fadil menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan dan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan atau mengganggu keselamatan awam.
Comments