00:00Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa kes membabitkan salah guna pas lawatan sosial dalam kalangan pelancong asing menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempoh dua tahun.
00:13Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa Kabinet bersetuju untuk menubuhkan jawatan kuasa khas bagi menyelaraskan tindakan lanjut, terutama penguatkuasaan undang-undang.
00:23Tambahnya, perbuatan menyalah guna pas lawatan sosial bukan sahaja memberikan kesan kepada sistem keselamatan dalam negara, tetapi memberikan kesan besar kepada ekonomi peniaga tempatan.
00:35Sekarang dia masuk dengan pas sosial, pelancong, dia bekerja. Dia mungkin bekerja di restoran, dia mungkin ambil order kedai-kedai perabot, dia mungkin ambil order hiasan dalaman.
00:46Kemudian, dia balikkan negara dia, dia siapkan tempahan, dia datang balik dan dia menawarkan harga yang sangat murah dan itu bagi kesan kepada peniagaan tempatan.
00:58Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke tapak projek Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah di Jalan Langga Al-Ustah pada Sabtu.
01:07Pada Jumaat, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Dato' Fahmi Fadil memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Dato' Sri Anwar Ibrahim,
01:13telah memutuskan penubuhan pasukan petugas khas bagi menangani isu salah guna pas lawatan sosial serta lambatkan barangan di pasaran.
Comments