00:00Intro
00:00Kita mulakan belitinawani dengan perkembangan ini.
00:11Perdana Menteri India Narendra Modi tiba di Malaysia.
00:15Bagi memulakan lawatan rasmi selama 2 hari bermula 7 hingga 8 Februari 2026.
00:22Pesawat yang membawa Modi mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada 4.40 petang.
00:29Ketibaan Modi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:33Menerusi kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra memaklumkan lawatan itu merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024.
00:44Lawatan ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta memupuk kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.
00:53Berteraskan asas persahabatan yang kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957 dan peningkatan hubungan dua hala yang dinaik taraf ke tahap perkongsian strategik komprehensif pada Ogos 2024.
01:08Selain itu, Modi akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra Putrajaya pada Ahad diikuti mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Seri Perdana Putrajaya.
01:20Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-India serta menelopori peluang kerjasama antara Malaysia dan India.
01:31Selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman MOU dalam pelbagai bidang dan memorandum kerjasama MOC dalam bidang tenaga kerja.
01:44Kedua-dua pemimpin itu turut dijadual menyaksikan pertukaran nota dalam bidang semikonduktor, kesihatan, keselamatan negara dan pendidikan serta latihan teknikal dan vocational TVET selain pertukaran surat EOL mengenai kerjasama pengaman pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB serta penyerahan perjanjian rangka kerja International Big Cats Alliance IBCA.
Comments