Skip to playerSkip to main content
  • 24 minutes ago
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembinaan kuil tanpa kebenaran mesti ditangani mengikut undang-undang, sama seperti rumah ibadat lain.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu pembinaan kuil tanpa kebenaran mesti ditangani mengikut peraturan dan undang-undang sama seperti pembinaan masjid, surau atau gereja.
00:13Beliau berkata bantahan terhadap pembinaan kuil haram boleh dilakukan tetapi perlu dibuat secara berhemah tanpa menimbulkan permusuhan atau hasutan yang boleh mengugat keselamatan negara.
00:24Saya tegaskan, ya, kawan-kawan India pun ada. Saya tidak setuju dengan percambahan kuil-kuil tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
00:40Mesti ikut peraturan. Sama seperti masjid atau surau atau gereja.
00:46Tetapi, jangan timbul permusuhan. Jangan langgar peraturan.
00:56Dan orang-orang Melayu yang nak bangkitkan isu ini, ikut peraturan dan hukum.
01:04Kalau dah kita langgar, hasilnya kebencian, masalah tak selesai.
01:15Sebab itu, saya terpaksa keluarkan arahan tegas semalam, hentikan.
01:22Malah ada orang tegur dan lama kita biar ini berlarutan.
01:26Semua nak jadi hero sekarang.
01:29Pergi kepada di kampungan, di surau, jadi hero kepada agama.
01:33Dan setengah orang pergi kawasan kuil, jadi hero ekstrim orang Hindu.
01:38Beliau berkata demikian di Konvensyen Keadilan Selangor di sini pada Sabtu.
01:42Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan segalintir pihak yang cuba menjadi hero
01:47dengan membangkitkan isu ini secara melulu,
01:50hanya akan menimbulkan kebencian dan pecahan dalam masyarakat.
01:54Perdana Menteri menegaskan bahawa tanggungjawat utama beliau
01:57adalah menjaga keselamatan dan kestabilan negara,
02:00bukan memenuhi tuntutan segalintir pihak yang bersuara lantang.
Comments

Recommended