Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Kerajaan Cuba mengumumkan beberapa langkah kecemasan bagi menangani krisis tenaga yang meruncing.
Transcript
00:00Akhir sekali, Kerajaan Cuba mengumumkan beberapa langkah kecemasan untuk menangani krisis tenaga yang semakin meruncing.
00:07Ini termasuk mengumumkan tempoh kerja 4 hari seminggu untuk syarikat milik kerajaan,
00:12sekatan penjualan bahan api, pengurangan perkhidmatan bas dan kereta api, serta penutupan beberapa premis pelancongan.
00:20Timbalan Perdana Menteri Cuba Oscar Perez Oliver Fraga menyalahkan Amerika Syarikat atas krisis itu
00:25sambil menegaskan bahan api akan digunakan untuk menjamin perkhidmatan penting dan aktiviti ekonomi asas.
00:33Langkah itu juga bertujuan menjimatkan bahan api untuk pengeluaran makanan dan elektrik serta mengekalkan aktiviti yang menjana matawang asing.
00:55Selain itu, ujarnya sekolah juga akan memendekkan hari pembelajaran, manakala universiti mengurangkan keperluan kehadiran fizikal pelajar.
01:06Keputusan itu dibuat ketika negara itu yang mempunyai populasi seramai 9.6 juta penduduk,
01:11sedang bergeluk dalam krisis ekonomi 6 tahun di bawah sekatan ekonomi Amerika Syarikat sejak 1962.
01:17Washington baru-baru ini menghentikan penghantaran minyak dari Venezuela dan memberi amaran kepada Meksiko
01:22untuk menghentikan bekalan minyak ke Cuba dengan mengancam tindakan tarif.
Comments

Recommended