Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Malatra Ultra 2026 menghimpunkan pelari lasak dari seluruh dunia dengan cabaran luar biasa termasuk 200KM hingga Backyard Ultra, disertai peraturan ketat, kemudahan lengkap dan fokus keselamatan serta kelestarian.
Transcript
00:00Seterusnya Malatra Ultra 2026 bersama Pirate Backyard Ultra Vol. 4 kembali menawan Taman Wetland Putrajaya dari 31 Januari hingga 2 Februari menghimpunkan pelari lasak dari dalam dan luar negara.
00:15Acara tiga hari itu menampilkan kategori jarak jauh yang menguji fizikal dan mental.
00:19Antaranya 200km, 160km, 100km serta 50, 25 dan 5km.
00:30Namun tumpuan utama terarah kepada Pirate Backyard Ultra, perlumbaan konsep Last One Standing dengan peserta perlu menamatkan 6.7km setiap jam berulang tanpa henti sehingga tinggal pelari terakhir yang mampu bertahan.
00:46Untuk keselamatan, lampu kepala dan lampu berkelip diwajibkan dari 7 malam hingga 7 pagi.
00:52Acara ini turut menyokong kempen Go Green dengan peserta digalakkan membawa botol dan cawan sendiri.
01:01Kemudahan seperti tandas, surau dan ruang rehat disediakan manakala stesen makanan menawarkan air, minuman aisotonik, air panas dan buah-buahan untuk peserta berdaftar sahaja.
01:13Penganjur juga berhak menghentikan pelombaan sekiranya berlaku hujan lebat atau kilat bagi memastikan keselamatan semua peserta.
01:22Apa yang menariknya ialah tiada hadiah wang tunai disediakan, hanya trofi untuk 10 pelari terbaik setiap kategori.
01:31Namun bagi para peserta, piala bukanlah tujuan utama.
01:36Yang diburu adalah ketahanan, tubuh, minda dan hati.
01:40Malah tra-altra bukan sekadar pelombaan, ia adalah perjalanan menuju versi terbaik diri.
01:47Tahun ini acara 200km kategori lelaki dimenangi Mohd Fazli Rosli dengan catatan 22 jam 33 minit dan 10 saat.
01:56Sementara kategori wanita dimenangi Nur Ainun Yop Kamaruddin dengan catatan masa 35 jam 22 minit dan 35 saat.
02:07Bagi acara 160km kategori lelaki dimenangi Mohd Nazrul Hazwan Nurzan dan Diana Azlina menang kategori wanita.
02:15Manakala dalam acara 100km, Mohd Ashraf Ghazali menang kategori lelaki dan Mu'minah Paiman menang kategori wanita.
Comments

Recommended