Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menggagalkan cubaan tujuh bot Nelayan Asing (VNA) warga Filipina yang didapati menceroboh perairan negara di sekitar Tanjung Kalutan, Pulau Balambangan, pada Sabtu.
Transcript
00:00Tindakan pantas Agensi Penguasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kudat berjaya mengagalkan cubaan tujuh bot nelayan asing warga Filipina yang didapati menceroboh perairan negara di sekitar Tanjung Kalutan Pulau Balambangan pada Sabtu.
00:14Menurut Komanda Maritim, Hasbolah Omar, pencerobohan itu dikesan menerusi sistem pengawasan laut Sabah sebelum dua buah bot ronda maritim Malaysia digerakkan ke lokasi yang dikenalpasti.
00:24Kesemua bot berjaya ditahan dan pemeriksaan awal mendapati 21 individu termasuk tekong berumur antara 17 hingga 60 tahun berada di atas bot-bot terbabit.
00:35Kesemua bot dan kru telah diiring ke pusat tahanan Sabah Port Kudat untuk siasatan lanjut dan jumlah rampasan dianggarkan bernilai sekitar RM100,000.
00:43Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran serta Akta Imigresen 1959-1963 selepas beberapa individu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
00:58Hasbolah menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan perairan negara.
01:05Pihaknya akan terus meningkatkan rondaan serta pengawasan, khususnya di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan negara terpelihara.
01:13Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di perairan negara diminta menghubungi pusat operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611-858 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
Comments

Recommended