Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa negara di rantau asia barat mengalu-alukan pembaharuan dialog antara Tehran dan Washington, yang pertama sejak serangan Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklear Iran pada Jun 2025.
Transcript
00:00Sementara itu, Ketubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB dan beberapa negara Asia Barat mengalu-alukan pembaharuan dialog antara Teheran dan Washington buat pertama kali sejak serangan Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklear Iran pada Jun tahun lepas.
00:14Setiausaha agung PBB, Antonio Guterres mengalu-alukan penyambungan semula rundingan itu sambil menyorakan harapan agar ia dapat meredakan ketegangan dan mencegah krisis yang lebih besar.
00:24Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud berkata diharapkan Teheran dan Washington DC dapat membuka laluan diplomatik bagi meredakan ketegangan serta menggalakkan kestabilan serantau.
00:37Katanya ini kerana rantau itu dibebani pelbagai krisis dan mencari penyelesaian diplomatik antara Amerika dan Iran adalah penting untuk mencapai keamanan dan kestabilan.
00:47Dan pada masa yang sama, Menteri Luar Mesir, Badr Adel Ati berkata, Mesir sedang mempergiatkan usaha diplomatiknya bersama rakan serantau dan antarabangsa untuk mengelakkan peningkatan ketegangan.
00:59Dan menegaskan bahawa mengelakkan konfrontasi antara Iran dan Amerika kekal sebagai keutamaan kahirah.
01:05Qatar dan Jordan turut menyuarakan harapan agar kedua-dua negara dapat mencapai satu perjanjian menyeluruh yang memenuhi kepentingan kedua-dua pihak serta memperkukuhkan keselamatan dan kestabilan di rantau itu.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended