00:00Seterusnya, Gabungan Parti Sarawak GPS siap-siaga menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-13.
00:05Tidak kira sama ada penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri sempat direalisasikan
00:11berikutan garis masa pelaksanaannya yang belum dimuktamadkan.
00:15Setiausaha agung GPS, Datuk Seri Alexander Nantal Linggi berkata,
00:19setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat terperinci
00:22mengenai bila cadangan penambahan kerusi itu akan dibawa ke Parlimen.
00:27Mengulas sama ada GPS akan menunggu persempadanan semula sebelum PRN,
00:33Nantal berkata keputusan itu terpulang kepada pengurusnya Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku Premier Sarawak.
00:57dapat detail ataupun perinci untuk saya kongsikan dalam media ini.
01:02Masa saya tarik untuk pilihan raya adalah yang menunjuk.
01:05Itu terpulang kepada yang amat berhormat, Premier.
01:09Beliau berkata demikian pada sidang media mesyuarat majlis tertinggi GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB Kuching pada Sabtu.
01:20Dalam sidang media yang sama, Nantal memaklumkan konvensyen GPS dijadwalkan secara tentatif pada 19 April depan
01:26di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, BCCK.
01:29Konvensyen pertama sejak penubuhan GPS pada 2019 itu akan menghimpunkan wakil daripada keempat-empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Sarawak PRS, Demokratik Progresif PDP dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP.
Comments