Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Agensi Pengurusan Bencana dan Bomba Jepun mendedahkan, salji lebat yang melanda Jepun sejak 20 Januari lalu mengakibatkan 35 kematian dan 358 kecederaan di seluruh negara itu.
Transcript
00:00Salji lebat yang melanda Jepun sejak 20 Januari lalu mengakibatkan 35 kematian dan 358 kecederaan di seluruh Jepun.
00:10Agensi Pengurusan Bencana dan Bomber Jepun memaklumkan mangsa dilaporkan di pelbagai wilayah termasuk Niigata, Akita, Yamagata, Hokkaido dan Aomori.
00:22Wilayah Niigata di pesesi laut Jepun adalah kawasan paling terjejas dengan 12 kematian dilaporkan setakat Rabu.
00:30Menurut pihak bomba, banyak kematian berlaku semasa operasi membersihkan salji termasuk terjatuh dari bumbung serta sakit mengejut semasa bekerja atau berehat.
00:41Agensi Meteorologi Jepun menyatakan corak tekanan musim sejuk yang berterusan membawa salji lebat terutamanya di sebelah laut Jepun di bahagian utara dan barat Jepun.
00:51Penyiar awam NHK melaporkan salji terkumpul di sebagian wilayah Aomori melebihi 4.3 meter, manakala beberapa kawasan di Niigata mencatat salji setebal hampir 3 meter.
01:04Menurut Kiodo News, cuaca buruk ini juga turun merosakkan 14 bangunan kediaman.
01:10Dengan kenaikan suhu di kebanyakan kawasan di Jepun, pihak berkuasa terus menasihatkan penduduk agar berhati-hati terhadap tanah runtuh.
01:19Salji jatuh daripada bumbung dan gangguan lalu lintas.
01:22Pegawai kaji cuaca turut menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya runtuhan salji dan gangguan bekalan elektrik akibat salji yang terkumpul pada kabel utiliti.
Comments

Recommended