Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah kondominium di Batu Caves, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19. Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Transcript
00:00Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah kondominium di Batu Kev, Isnin lalu.
00:08Ketua Polis Daerah Gomba, Asisten Komisioner Nur Arifin Mohamad Nasir dalam satu kenyataan memaklumkan,
00:14remaja tersebut disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 kondominium berkenaan.
00:22Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gomba bersama petugas Perubatan Hospital Selayang digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat pada jam 5.49 petang.
00:35Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
00:38Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 19 tahun.
00:43Kata Nur Arifin, hasil pemeriksaan polis di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
00:49Manakala hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
00:55Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut SDR.
00:59Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended