Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Parlimen berdasarkan data 2025, hampir 5.6 juta penerima SARA bulanan di bawah STR telah menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di premis berdaftar, yang mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 99%, dengan nilai transaksi perbelanjaan di pasaran tempatan mencecah RM4.8 bilion daripada peruntukan RM5 bilion.

Bagi penghargaan SARA one-off, lebih 21 juta rakyat Malaysia telah membuat pembelanjaan, iaitu 96% daripada keseluruhan jumlah penerima dengan jumlah transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.
Transcript
00:00Untuk makluman yang berhormat, sumbangan asas ramah ataupun SARA merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan dalam bentuk kredit melalui kad pengelalan.
00:10Ia boleh digunakan di kedai-kedai yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA bagi membeli 14 kategori barangan kebuluhan asas,
00:21termasuk barangan kebersihan diri, barangan kebersihan rumah, ubah batan selain daripada barangan makanan asas.
00:30Peningkatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan program secara berkesan dan memastikan golongan sasar benar-benar manfaatkan bantuan bagi tujuan yang dinatakan.
00:43Peningkatan peruntukan sumbangan tungan rahmat dan SARA dari tahun-tahun ialah komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial.
00:52Pada 2026, RM15 bilion disediakan untuk STR dan SARA berbanding RM10 bilion pada 2024 untuk memanfaatkan lebih 8 juta penerima.
01:07Bantuan ini khususnya SARA merupakan mekanisme bantuan bersasar yang membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
01:15Berdasarkan data tahun 2025, hampir 5.6 juta penerima SARA bulanan di bawah STR telah menggunakan MyCAD untuk membeli barangan asas di premis berdaftar yang menceminkan kadar penggunaan sebanyak 99%
01:32dengan nilai transaksi perbelanjaan di pasaran tempatan mencecah RM4.8 bilion daripada peruntukan RM5 bilion.
01:43Bagi penghargaan SARA one-off, lebih 21 juta rakyat Malaysia telah membuat perbelanjaan iaitu 96% daripada keseluruhan jumlah penerima
01:53dengan nilai transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.
01:58Renggit.
Comments

Recommended