Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Parlimen, sebanyak RM150 juta peruntukan SARA 2025 yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada mangsa keganasan rumah tangga, pelajar OKU dan berkeperluan khas, pesakit miskin serta dapur siswa.

Langkah ini menegaskan komitmen kerajaan terhadap ketelusan fiskal dan pengukuhan jaringan keselamatan sosial.
Transcript
00:00Baki peruntukan perhargaan SARA 2025 berjumlah RM150 juta tidak dibelanjakan atau tidak dituntut sehingga 31 Desember 2025.
00:13Ia akan diagihkan semula untuk keperlenggan gulungan tumpuan.
00:18Antaranya, pertama, penghuni pusat perlindungan, khususnya mangsa keganasan rumah tangga di bawah KPWKM.
00:26Kedua, pelajar orang kurang upaya, OKU, dan pelajar berkeperluan khas di bawah KPM.
00:34Ketiga, pembelian peranti perubatan untuk pesakit miskin di bawah KPM.
00:40Dan keempat, penubuhan dan pengukuhan bank masakan dapur siswa dengan peruntukan khusus sebanyak RM15 juta di bawah KPT.
00:49Pengagihan semula dana ini bukan saja memastikan ketelusan dan kecekapan pengurusan kewangan awam,
00:57malah memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial negara.
01:01Tumpuan kepada kumpulan rentan seperti mangsa keganasan rumah tangga, OKU, dan pesakit miskin
01:06memperlihatkan keutamaan kerajaan terhadap prinsip keadilan sosial dan kemanusiaan.
01:12Langkah ini juga membuktikan keupayaan kerajaan mengurus dana awam secara fleksibel dan responsif terhadap keperluan semasa.
01:21Ia turut mencerminkan pendekatan kerajaan yang lebih bersasar dan inklusif dalam menangani isu kebajikan sosial.
01:28Terima kasih.
01:29Terima kasih.
Comments

Recommended