00:00Jenayah penipuan dalam talian terus menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila jumlah kes hampir berganda kepada 74,769 kes dengan kerugian mencecah RM3 bilion pada 2025.
00:14Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Dato' Rusdi Mohd Isa, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 35,470 kes iaitu RM1.58 bilion kerugian pada 2024 dan 34,480 kes melibatkan RM1.22 bilion kerugian pada 2023.
00:37Kes yang dilaporkan RM34,000 tahun itu 2023, 2024 RM35,000 plus-plus kemudian pada tahun lepas RM2025 RM74,000 jenayah dalam talian pendadak.
00:56So kalau kita tengok kerugian pula dalam tempoh 2024 ni nilai kerugian 2024 RM1.5 bilion. Kemudian pada tahun lepas RM3.1 bilion.
01:11So kita tengok kes pun meningkat kemudian kerugian itu pun nampak meningkat. Kerugian yang paling banyak sekali adalah dalam kes pelaburan.
01:19Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Khamis. Rusdi berkata berdasarkan statistik PDRM, tahun lalu penipuan telekomunikasi merekodkan kes tertinggi dengan 31,613 kes melibatkan kerugian 815.4 juta ringgit.
01:37Ini diikuti penipuan e-dagang 16,571 kes, 133.4 juta ringgit.
01:45Pelaburan tidak wujud 10,100 kes, 1.47 bilion ringgit.
01:50Pinjaman tidak wujud 8,826 kes, 68.5 juta ringgit.
01:56Penipuan e-kewangan 6,580 kes, 468.9 juta ringgit.
02:03Dan Love Scam, 1,079 kes, 47.7 juta ringgit.
02:09Beliau turut memperincikan modus operan di setiap kategori.
02:13Antaranya sindiket menyama sebagai pihak berkuasa dalam penipuan telekomunikasi,
02:17tawaran barangan murah palsu bagi e-dagang dan janji pulangan tinggi bagi pelaburan tidak wujud.
02:23Ini termasuk caj pemprosesan palsu untuk pinjaman tidak wujud,
02:28pengambil alihan akaun bank melalui phishing bagi penipuan e-kewangan
02:32serta manipulasi emosi dalam Love Scam.
02:36Justru rusdi menasihatkan orang ramai agar berwaspada,
02:39tidak terlibat dengan akaun keldai, tidak berkongsi OTP atau maklumat perbankan,
02:45mengelak pautan mencurigakan serta membuat semakan sebelum sebarang transaksi dalam talian.
02:50Mangsa penipuan digeser segera menghubungi NSRC di talian 997
02:56dan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan pantas diambil.
Comments