00:00Chancellor German Frederick Merz mengadakan pertemuan dengan putera mangkota Arab Saudi Muhammad bin Salman di Riyad pada Rabu dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Qatar dan Emirah Arab Bersatu UAE yang bertujuan memperkukuh kerjasama tenaga dan pertahanan.
00:17Lawatan tiga hari itu turut disifatkan sebagai usaha Jerman untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi terbesar Eropa itu terhadap Amerika Syarikat dan Cina di tengah-tengah landscape geopolitik global yang semakin dipengaruhi kuasa besar.
00:34Merz menegaskan matlamat kerjasama tersebut adalah untuk mengekalkan kebebasan, keselamatan dan kemakmuran.
00:41Beliau turut berkata walaupun rakan strategik Jerman mungkin tidak berkongsi nilai dan kepentingan yang sama sepenuhnya, mereka sependapat mengenai keperluan mengekalkan susunan dunia yang berasaskan kepercayaan terhadap perjanjian serta saling menghormati.
00:57Lawatan Merz ke Teluk Parsi itu menyusul selepas lawatan ke Brazil dan Afrika Selatan tahun lalu serta India pada bulan lalu sebagai sebahagian daripada inisiatif lebih luas Jerman untuk memperlbagaikan pakatan global.
01:13Dalam konteks negara-negara Teluk, Merz memaklumkan bahawa Berlin berhasrat memperdalam kerjasama dalam sektor tenaga dan persenjataan.
01:21Beliau juga mengesahkan pendekatan Jerman yang kini kurang ketat terhadap ekspor senjata sesulan persiapan awal yang dibuat oleh Menteri Ekonomi Negara itu minggu lalu.
Comments